Wednesday, 27 February 2013

Saksi

Kamal ialah saksi satu kes jenayah berat kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam.Dengan suara lantang,peguam itu bertanya.

Peguam : Adakah awak sudah berkahwin ?

Kamal   : Sudah tuan.(Jawab Kamal dengan suara yang tesekat-sekat.)

Peguam : sudah berapa kali kamu berkahwin ?

Kamal   : Sekali sahaja,tuan.

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin ?

Kamal   : Seorang perempua,tuan.

Kerana panas mendengar jawapan dari kamal,dengan marah,peguam berkata.

Peguam : "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan.Kamu pernah dengar ke ada orang kahwin dengan
                lelaki ?".

Kamal   : Ada tuan.Adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki,tuan.

Tuesday, 26 February 2013

Gajah

Budin dan gopal sahabat baik,mereka suka bermain teka teki.Pada suatu hari ketika mereka tengah lepak dekat kantin sekolah,mereka bermain teka teki.

Budin : Gopal,aku ada teka-teki nak bagi kau.

Gopal : Cepatlah bagi teka-teki tu aku nak jawab.

Budin : Macam mana nak asingkan gajah kecil dengan gajah besar.

Gopal : Senang aje,apa susah gajah kecil letak dekat kumpulan gajah kecil dan gajah besar letak kat
            kumpulan gajah besar.

Budin : Salah,jawapannya gajah tu mestilah kita ayak dulu yang besar mesti kat atas yang kecil mestilah
            mesti jatuh kebawah.

Gopal : Ape punya teka-teki lah yang kau bagi,jawab teka-teki aku pulak dalam dunia ni siapa manusia
            yang paling kuat.

Budin : Superman lah.

Gopal : Salah,orang yang ayak gajah tadi tulah yang paling kuat.

Ketika Budin hendak mulakan Teka-teki baru,loceng pun berbunyi(kriiiiing)

Monday, 25 February 2013

Guru dan murid

Mengisahkan guru sejarah yang sedang bertanyakan kepada muridnya tentang Amerika

Guru : Zul,di mana letaknya Amerika ?

Zul : Di sini,cikgu! (sambil menunjuk peta)

Guru: Bagus! Sekarang Abu,siapa yang menemukan Amerika?

Abu : Zul,cikgu!




Yana Samsudin


Posted by Picasa

Friday, 22 February 2013

Lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku


Aman dan Amin tinggal bersama di sebuah rumah bujang.Mereka bekerja sendiri,mereka mengambil upah membaiki yang rosak.Aman mahir membaiki perabot,manakala Amin pula mahir dalam membaiki barangan elektrik.Jika ada perabot yang ingin dibaiki,Amin akan menyerahkan tugas itu kepada Aman.

     Begitulah juga sebaliknya jika ada barangan elektrik yang rosak,Aman akan menyerahkan tugas itu kepada Amin.Barangan yang hendak dibaiki sama ada perabot ataupun barangan elektrik,akan mereka baiki dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku kerosakan lagi.

     Pada satu malam sekitar pukul 3 pagi,ketika Amin sedang nyenyak tidur,Aman mengejutkan Amin dan memintanya membaiki televisyen.

Aman : “Amin,bangun tv ni rosaklah,warna dia tak mahu keluar.Betulkan Amin,kau kan pakar bab ‘adjust’ warna ni”.

Amin : Kau ni menyakitkan hati aku betul,aku dahlah mengantuk ni.

     Dalam keadaan mamai,dan mata yang berat serta otak yang tak begitu focus,Amin bangun cuba memenuhi permintaan Aman.Puas dibaiki tv tersebut namun siaran tv tetap berwarna hitam dan putih.Amin tak puas hati,dia rasa tercabar kerana tidak dapat membetulkan warna tv tersebut.
     
Tidak lama kemudian Amin terdengar salah satu dialog drama dalam tv yang sedang cuba diperbaikinya.

     “Lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”

Amin : “Celaka kau Aman! Ini cerita P.Ramli patutlah tak ada warna.

     Aman pun berlari sambil ketawa berdekah-dekah kerana rancangannya untuk mengenakan Amin Berjaya.