Friday, 22 February 2013

Lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku


Aman dan Amin tinggal bersama di sebuah rumah bujang.Mereka bekerja sendiri,mereka mengambil upah membaiki yang rosak.Aman mahir membaiki perabot,manakala Amin pula mahir dalam membaiki barangan elektrik.Jika ada perabot yang ingin dibaiki,Amin akan menyerahkan tugas itu kepada Aman.

     Begitulah juga sebaliknya jika ada barangan elektrik yang rosak,Aman akan menyerahkan tugas itu kepada Amin.Barangan yang hendak dibaiki sama ada perabot ataupun barangan elektrik,akan mereka baiki dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku kerosakan lagi.

     Pada satu malam sekitar pukul 3 pagi,ketika Amin sedang nyenyak tidur,Aman mengejutkan Amin dan memintanya membaiki televisyen.

Aman : “Amin,bangun tv ni rosaklah,warna dia tak mahu keluar.Betulkan Amin,kau kan pakar bab ‘adjust’ warna ni”.

Amin : Kau ni menyakitkan hati aku betul,aku dahlah mengantuk ni.

     Dalam keadaan mamai,dan mata yang berat serta otak yang tak begitu focus,Amin bangun cuba memenuhi permintaan Aman.Puas dibaiki tv tersebut namun siaran tv tetap berwarna hitam dan putih.Amin tak puas hati,dia rasa tercabar kerana tidak dapat membetulkan warna tv tersebut.
     
Tidak lama kemudian Amin terdengar salah satu dialog drama dalam tv yang sedang cuba diperbaikinya.

     “Lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”

Amin : “Celaka kau Aman! Ini cerita P.Ramli patutlah tak ada warna.

     Aman pun berlari sambil ketawa berdekah-dekah kerana rancangannya untuk mengenakan Amin Berjaya.

No comments:

Post a Comment